Cybersecurity – Cara Kenal Pasti Fail Berbentuk Virus
12 Februari 2026 | Aktiviti TerkiniProgram ini dianjurkan untuk meningkatkan kesedaran peserta terhadap ancaman keselamatan digital yang semakin meningkat. Dalam dunia teknologi maklumat, fail berbentuk virus sering digunakan untuk menceroboh sistem komputer, mencuri data, atau merosakkan perisian. Oleh itu, program ini memberi tumpuan kepada cara mengenal pasti fail mencurigakan, termasuk tanda-tanda seperti nama fail yang ganjil, saiz tidak sepadan, dan tingkah laku luar biasa selepas dibuka.
Peserta juga didedahkan kepada langkah pencegahan seperti penggunaan antivirus terkini, muat turun daripada sumber sah, serta kepentingan membuat sandaran data. Program ini diharap dapat melahirkan masyarakat yang lebih peka terhadap ancaman siber dan mampu melindungi diri serta organisasi daripada serangan virus.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: